PANDUAN MENENTUKAN MUTU DAN KETULENAN ZEOLITE.

Sebagaimana yang kita ketahui terdapat berbagai-bagai Jenama dan Harga produk zeolite di pasaran. Sebagai pengguna, perlu di ketahui bahawa
pemilihan zeolite yang bermutu dan berketulenan tinggi adalah
AMAT penting dalam menjamin keberkesanan untuk aplikasi samada untuk tumbuhan
(agriculture), rawatan air (aquaculture) dan juga ternakan (feedmill).

Ini adalah kerana pilihan zeolite yang kurang bermutu akan menyebabkan kerugian dan kesan sampingan yang kurang baik terhadap penggunaannya.

Perlu di ingat bahawa zeolite mempunyai kualiti yang berbeza mengikut kawasan dimana ia di perolehi. Setiap kualiti zeolite akan berbeza bergantung
kepada kawasan dan bentuk mukabumi yang diperolehi, cara perlombongan dan kawalan proses pengilangan.

Sebagai pengguna BIJAK, jangan hanya mementingkan harga sahaja tetapi UTAMAKAN mutu agar mendapat kesan optimum untuk jangka pendek dan
jangka panjang serta penjimatan yang ketara.

Di sini kami mengambil inisiatif untuk cuba membantu pengguna menilai sendiri mutu zeolite di pasaran secara
kasar agar dapat memilih produk yang
betul.

Elemen-Elemen Penting Untuk Menentukan Zeolite Bermutu.

1. SiO2 (Silicone Oxide) dan AL2O3 (Aluminium Trioxide)

Dua elemen ini amat penting kerana ia merangkumi sebahagian besar komponen di dalam zeolite. Elemen-elemen inilah yang membentuk 'honeycomb
structure' yang membuatkan zeolite mempunyai keupayaan memegang nutrisi dan air yang tinggi dan seterusnya berupaya meningkatkan kesuburan
tanah.
Semakin tinggi kandungan (peratusan) elemen-elemen ini, semakin bermutu kualiti zeolite.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan SiO2 dan Al2O3 PALING TINGGI.

2. Na2O (Sodium Oxide)

Sodium Oxide merupakan sejenis garam yang terkandung di dalam komponen zeolite. Kandungan tinggi sodium akan mengakibatkan kehilangan air
lebih cepat dan akan memberi kesan yang besar kepada tumbuhan dan ternakan.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan NA2O yang PALING RENDAH

3. Ujian Kekeruhan (Turbidity) dan Warna

Semasa pembentukan zeolite, proses perlombongan dan kawalan produksi kilang, bendasing akan terlibat. Bendasing tersebut termasuklah kandungan
tanah liat, kapur dan lain-lain.
Peratusan tinggi bendasing akan merangkumi sebahagian produk zeolite dan akan mengurangan zeolite tulen dalam
produk itu sendiri.

Bendasing tersebut
tidak akan memberi kesan kepada penggunaan untuk tumbuhan, ternakan kolam atau haiwan malah ada sesetengah nya boleh
memudaratkan
. Pengguna-pengguna juga akan membayar sesuatu yang tidak perlu dan tidak mendatangkan manafaat dan dianggap membazirkan
wang.

Ujian kekeruhan (turbidity) dan warna boleh dilakukan sendiri secara ringkas iaitu dengan mencampurkan kuantiti tertentu ke dalam air.

CONTOH:

Ambil 50 gram zeolite dan campurkan ke dalam 500 ml air dan lihat kekeruhan (turbidity) SERTA warna air. Semakin keruh air bermakna semakin
banyak tanah liat atau bendasing yang terdapat di dalam produk tersebut. Zeolite asli berwarna hijau terang dan campuran air hendaklah berwarna
hijau terang. Terdapat di pasaran berbagai-bagai warna dari keputihan, kehitaman dan hijau pekat. HATI-HATI terhadap produk seperti ini kerana
kemungkinan bendasing yang terdapat dalam produk tersebut amat tinggi!

Sila perhatikan gambar untuk rujukan.



















KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai kekeruhan PALING RENDAH DAN BERWARNA HIJAU TERANG juga  pastikan air menjadi jernih (tapi
masih berwarna kehijauan) hanya selepas melebihi satu (1) hari di sebabkan struktur molekul nya yang unik.


Panduan-panduan di atas di harap sedikit sebanyak dapat membantu pengguna-pengguna dalam menentukan mutu produk zeolite yang terdapat di
pasaran.

PERLU DI INGAT UJIAN ANALISA KIMIA MAKMAL ADALAH UJIAN PALING TEPAT UNTUK MENENTUKAN MUTU DAN KETULENAN SATU-SATU
PRODUK.